1 Kali ini kita akan melakukan Bagaimana cara melakkan setting Modem D-LINK DSL-2640B
Beginilah settingan untuk modem router
D-Link agar berfungsi hanya sebagai access point :
Pertama Reset aja modemnya dulu. Kemudian siapkan perangkatnya
laptop/komputer, access point D-Link, dan kabel LAN. Nah, sekarang mari
jelaskan step by step.
LANGKAH 1 :
Anda perlu on terlebih dahulu modem dan pastikan kesemua lampu pada modem menyala, pastikan kesemua cable pada modem sudah dipasang.
LANGKAH 2 :
Jika kesemua lampu pada modem menyala dan anda telah menghubungkan cable LAN ( Local Area Network ) pada modem ke komputer anda, seterusnya buka browser ( pelayar ) sama ada internet explorer/mozilla firefox/google chrome atau lain-lain.
LANGKAH 3 :
Taip ip address / default gateway http://192.168.1.1 pada address bar pada pelayar maka akan keluar satu pop up atau panel dimana meminta anda memasukkan username dan passsword, secara default masukkan username : admin dan passsword : admin atau username : tmadmin dan passsword : tmadmin.
LANGKAH 4 :
Anda akan dibawa ke halaman baru, seterusnya klik menu button ” Setup Wizard @ Quick Setup ” bergantung kepada jenis modem, bagi modem jenis D-Link anda perlu klik menu button ” Setup Wizard ” , klik button next sebanyak 3 kali.
LANGKAH 5 :
Anda diminta untuk mengisi maklumat seperti dibawah:
| Country | :Malaysia |
| ISP | : Streamyx (Telecom Malaysia – PPP0E) |
| Protocol | : PPP0E |
| Encapsulation Mode | : LLC |
| VPI | : 0 |
| VCI | : 35 |
| Username | :nama_akaun@streamyx ( Anda boleh mendapatkan dari pihak TM ) |
| Password | :( Anda boleh mendapatkan katalaluan dari pihak TM ) |
LANGKAH 6 :
Setelah langkah diatas selesai klik button next dan anda akan dibawa ke halaman tetapan wireless, masukkan nama wifi anda pada bahagiaan ” Wireless Network Name ( SSID ) ” untuk tujuan keselamatan agar pengguna lain tidak dapat menggunakan internet anda, anda perlu memilih security mode WPA-PSK , masukkan password anda ( pastikan anda ingat katalaluan tersebut ), selepas setting bagi wireless anda hanya tekan button next.
LANGKAH 7 :
Setelah selesai, klik pada butang restart ( jika username dan password anda betul maka lampu pada modem “Internet ” akan menyala dan anda boleh melayari internet.



Tidak ada komentar:
Posting Komentar